Nasional
Amaran ribut petir di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Sabah dan Sarawak
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah sehingga pukul 1.00 pagi ini.
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.
Turut dijangka mengalami cuaca serupa adalah beberapa kawasan di Sabah iaitu Nabawan, Keningau, Ranau dan Sandakan (Tongod dan Telupid) manakala di Sarawak di Kapit, Bukit Mabong dan Belaga. – BERNAMA