Nasional

Amaran hujan berterusan berwaspada di empat negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori berwaspada berkuat kuasa pada 4 hingga 6 Januari 2024.

Amaran itu melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut:
i) Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai;
ii) Terengganu;
iii) Pahang: Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan & Rompin; dan
iv) Johor: Mersing & Kota Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button