Amanah tangguh konvensyen, arah bantu mangsa banjir
PARTI Amanah Negara (Amanah) menangguhkan konvensyen tahunannya hari ini dan mengarahkan ahlinya membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, penangguhan itu untuk mendahulukan rakyat yang terkesan dengan bencana alam tersebut sejak Jumaat lalu.
“Sebagai Presiden Amanah, saya mengarahkan semua peringkat sayap parti terutama Pemuda, Wanita, ARiF, Warda (Wanita Muda), kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh Negara, khususnya di Selangor.
“Konvensyen Amanah yang sepatutnya diadakan hari ini, telah kita tangguhkan bagi mendahulukan perkara berkaitan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Semenanjung Malaysia mengalami hujan lebat yabg berlanjutan sejak Jumaat lalu yang telah mengakibatkan banjir di beberapa negeri.
Ibu negara Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk akibat bencana berkenaan.-SM