Hiburan

Alif Satar masih terasa kesan selepas positif Covid-19

WALAUPUN sudah pulih daripada jangkitan Covid-19, pelakon dan pengacara, Alif Satar mengakui yang dia masih terasa lagi kesan daripada wabak Covid-19.

Menurut Alif, ada beberapa kesan yang masih dirasanya seperti mengalami cepat letih.

“Kalau ikutkan saya, sebenarnya belum pulih 100 peratus lagi. Masih ada lagi beberapa kesan yang saya alami seperti cepat letih.

“Tetapi kesan-kesan tersebut tidaklah berlaku selalu seperti ketika saya positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Alif yang sebelum ini disahkan pulih daripada Covid-19 selepas dirawat selama 12 hari di sebuah hospital di Melaka berkata dia akan berkongsi pengalamannya itu dengan orang ramai.

Jelasnya, perkongsiannya itu adalah sebagai seorang individu yang pernah disahkan mempunyai Covid-19.

“Video yang saya akan hasilkan ini bertujuan kerana saya mahu ambil peluang untuk mendidik masyarakat mengenai Covid-19 ini dan ia akan disiarkan di saluran YouTube saya.

“Pengalaman selama 12 hari mendapat rawatan di hospital akan didokumentasikan dalam bentuk video. Video ini lebih kepada aspek mental ketika rawatan yang akan dikongsikan kepada umum,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button