Berita

Jangan risau 6 bulan elektrik tertunggak, tiada pemotongan!

Pengguna domestik boleh menarik nafas lega apabila kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak akan memotong bekalan elektrik terhadap pengguna yang mempunyai bil tunggakkan kurang daripada enam bulan.

Hal itu berikutan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang terkesan pendapatan berikutan pandemik Covid-19.

Pada sidang media selepas Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perlaksanaan itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah bersetuju agar tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan terhadap premis domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Kategori pengguna ini juga akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021,” katanya.


Disamping itu, beliau juga mencadangkan agar pengguna lain yang tidak termasuk dalam kategori pengguna domestik berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membincangkan pembayaran bil elektrik mereka secara ansuran.

Ujar beliau lagi, cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan bekalan elektrik mereka dipotong.

Bantuan pendiskaunan bekalan elekrtrik ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 6.94 juta pengguna domestik Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 500,000 akaun di Sabah.

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button