Luar Negara

Aktivis Pro-Israel akan melawat Malaysia pada hujung April ini

SELEPAS Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 sebagai tindak balas kepada pencerobohan Israel, umat Islam di seluruh dunia bersatu bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara mereka daripada penindasan rejim Zionis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa dasar Israel terhadap Palestin yang berdekad-dekad lamanya dan kekejaman rejim itu adalah punca utama kepada konflik yang berterusan.

Walau bagaimanapun, terdapat pertubuhan Islam yang bersolidariti dengan Zionis lupakan sejarah penderitaan Palestin dan secara terbuka menyokong rejim Zionis Israel, iaitu Kongres Uyghur Sedunia (WUC) yang bertapak di Jerman.

Kongres Uyghur Sedunia mengeluarkan kenyataan mengecam Operasi Taufan Al-Aqsa sebagai ‘serangan pengganas’ pada 9 Oktober tahun lalu, dua hari selepas serangan mengejut Hamas terhadap Israel.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kongres Uyghur Sedunia yang juga Pengarah Eksekutif Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Omer Kanat secara terbuka mengutuk tindakan Hamas dan berkata dia berdiri bersama dengan mangsa serangan Hamas.

Selain itu juga, “Campaign for Uyghurs” yang berafiliasi dengan Kongres Uyghur Sedunia menyatakan bahawa pertubuhan ini berdiri bersama dengan Israel.

Oleh itu, kenyataan tersebut dikritik keras oleh aktivis NGO lain.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid mengkritik Kongres Uyghur Sedunia bercanggah dengan dunia Islam dalam temuramahnya dengan MalaysiaGazette.

“Kita mahu Kongres Uyghur Sedunia membetulkan sikap dan pendirian mereka kerana Uyghur sebagai etnik Islam harus menunjukkan keselarian pendirian dengan umat islam seluruh dunia dan juga mereka yang cintakan keadilan pembebasan Palestin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Selain itu, Mohd Azmi tidak menolak kemungkinan bahawa Kongres Uyghur Sedunia berkemungkinan dinaungi negara Barat.

“Saya fikir mungkin ada pengaruh negara Barat sebab mereka bertapak di sana. Maka ia jelas mempamerkan mereka membawa agenda Barat sekali gus mencalarkan imej Uyghur hingga mampu dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa,” jelasnya.

Malangnya, pandangan tersebut tepat tentang Omer Kanat dan WUC, kerana mereka bukan sahaja dinaungi oleh negara Barat, bahka juga membangun hubungan yang lebih erat dan mendalam dengan pertubuhan Zionis.

Pada 10 July 2023, pertubuhan Zionis Amerika Syarikat, Elis Wiesel Foundation for Humanity mengumumkan bahawa yayasan ini memberi dana sejumlah US$550,000 (RM2.62 million) kepada Kongress Uyghur Sedunia (WUC), Projek Hak Asasi Manusia Uyghur (UHRP) dan Jewish World Watch (JWW) untuk menyokong operasi pertubuhan tersebut.

Tambahan pula, Omer Kanat juga aktif menghadiri aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan Zionis. Pada 7 Oktober 2023, Omer Kanat menghadiri aktiviti yang dihoskan oleh Adas Israel Congregation di Washington, D.C.

Pada 25 Oktober 2023 pula, Omer Kanat menghadiri majlis penyampaian anugerah hak asasi yang dianjurkan oleh Lantos Foundation. Yayasan ini secara terbuka menyokong kekejaman Zionis dan mengutuk Hamas melancarkan ‘serangan pengganas’ untuk ‘menghapuskan Jewish dan tanah air mereka’.

Mahupun Omer Kanat adalah aktivis yang menyokong Rejim Zionis Israel, sebahagian umat Islam negara kita masih mengalukan kunjungannya ke Malaysia pada hujung April ini.

Dengan itu, saya merayu orang ramai yang menyokong rakyat Palestin menolak kedatangan Omer Kanat ke negara kita.

Sementara itu, NGO yang terlibat aktif dengan aktivis pro-Israel ini seperti ABIM wajib memutuskan hubungan dengan dia bagi menampakkan ketegasan negara kita dalam memperjuangkan isu Palestin.

 

 

Penulis:

Ahmad Amirul bin Aziz

Penyelaras Antarabangsa

Solidarity with Palestine (SWP)

 

Artikel berkaitan > Taiwan bersikap hipokrasi dalam isu Palestin-Israel

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button