
“Akhirnya Bebas Dari Hubungan Toxic”- pendedahan bekas isteri Shahrul Nasrun
BEKAS isteri kepada ahli politik, Datuk Shahrul Nasrun, iaitu Fatin Amyra akhirnya membuka mulut mengenai kisah rumah tangga mereka yang berakhir dengan perceraian. Dalam satu pendedahan di Instagram, Fatin Amyra mendedahkan bahawa hubungan mereka selama lapan tahun penuh dengan kecurangan dan pengalaman yang menyakitkan.
Fatin Amyra dalam hantaran di Instagram berkata bahawa dia kini telah sah bercerai dengan Shahrul Nasrun dan bersyukur kerana akhirnya dapat keluar daripada hubungan yang dianggapnya sebagai ‘toxic’.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat keluar daripada hubungan toxic. Setelah beribu peluang yang saya berikan. Your loss babe,” tulisnya di media sosial.
Menurutnya, dia tidak berniat untuk membuka aib bekas suaminya, tetapi merasakan perlu untuk berkongsi kebenaran agar masyarakat tidak tertipu dengan imej yang ditampilkan di media sosial.
Isu Video Viral Ogos 2024
Fatin Amyra juga mendedahkan bahawa dia memilih untuk berdiam diri ketika video berkaitan Shahrul Nasrun tular pada Ogos 2024 kerana beberapa faktor, termasuk keadaan kesihatan anak mereka yang ketika itu sedang dirawat di hospital serta keadaan bapa mentuanya yang baru disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
“Saya senyap bukan sebab saya bodoh. Tapi saya taknak cerita itu jadi panjang. Dan lagi, pada waktu itu, anak saya tak sihat dan bapa Shahrul baru diagnosed lung cancer stage 4. Jadi saya taknak keruhkan keadaan,” jelasnya.
Fatin Amyra turut mendakwa bahawa video yang viral itu telah dipadam oleh pihak HLIVE atas arahan Shahrul sendiri. Namun, dia tetap mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut dengan pergi sendiri ke lokasi yang dipaparkan dalam rakaman tersebut.
Pendedahan di Sebuah Premis
Menurutnya, lokasi yang ditunjukkan dalam video adalah sebuah lot pejabat di tingkat atas. Fatin Amyra mengaku bahawa dia tidak pernah tahu mengenai kewujudan tempat itu sehinggalah dia menjejakkan kaki ke sana.
“Sumpah demi Allah, saya tidak pernah tahu tentang tempat itu. Dan video yang diambil tu pun, saya tak tahu siapa yang ambil. Dan siapa yang bagi kepada HLIVE untuk viralkan. Mungkin Allah nak tunjuk. Semua jadi kebetulan,” katanya.
Tambahnya lagi, wanita yang kelihatan dalam video tersebut bukanlah individu yang disangka ramai yang dikaitkan oleh salah seorang penyanyi Dolla iaitu Sabronzo.
“Itu perempuan lain. Call girl,” dedahnya.
Fatin Amyra turut menyatakan bahawa apabila dia sampai ke tempat tersebut, dia amat terkejut dengan keadaan di dalamnya.
“Rasa nak pengsan bila tengok keadaan tempat itu. TERLALU AIB,” katanya lagi.
Pendedahan ini mengejutkan ramai pihak, terutama kerana Datuk Shahrul Nasrun merupakan seorang ahli politik yang dikenali ramai. Sehingga kini, pihak Shahrul Nasrun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya.
Pendedahan ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa Fatin Amyra dan berharap dia terus kuat menghadapi dugaan hidup.