Ekonomi

Ajinomoto Malaysia mempromosikan “Makan Sihat, Hidup Aktif” kepada rakyat Malaysia

Ajinomoto (M) Berhad (AMB) meneruskan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan ‘Makan Sihat, Hidup Aktif’ sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2023 yang kembali secara fizikal dari 22 hingga 25 Jun 2023 di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, AMB sekali lagi memainkan peranan sebagai penaja utama bagi NMM 2023, menandakan penglibatan kelima berturut-turut dalam program yang dinanti-nantikan itu.

Ini  merupakan sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam
mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sepanjang program itu, AMB menyasarkan untuk mendidik orang ramai mengenai gaya hidup yang lebih sihat dengan menggalakkan pengurangan penggunaan garam dan menggunakan Perencah Umami AJI-NO-MOTO®. Produk ini mampu mengurangkan pengambilan sodium sehingga 40 peratus dengan mengekalkan kelazatan makanan.

Selain amalan pemakanan yang sihat, senaman juga membantu membina otot yang lebih baik, membawa kepada gaya hidup yang lebih aktif dan membolehkan orang ramai menjalankan pelbagai aktiviti harian dengan mudah.

Semasa program itu, AMB turut mempromosikan minuman sukan berperisa jeli epal aminoVITAL® yang dirumus dengan Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA) untuk meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, meningkatkan pemulihan otot dan mengurangkan keletihan otot.

Selain itu, terdapat pelbagai permainan interaktif, video dan bahan pendidikan direruai pameran AMB semasa acara tersebut termasuk pertandingan permainan, merasa sampel makanan, penjualan dan banyak lagi.

AMB berharap melalui inisiatif ASV ini, ia dapat memupuk dan menggalakkan tabiat “Makan Sihat, Hidup Aktif ” dalam kalangan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook AMB @MyAjinomoto atau @Hi Ajinomoto MY dan laman web di www.ajinomoto.com.my. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button