Nasional

Air berwarna putih susu selamat diminum – SAMB

SYARIKAT Air Melaka Berhad (SAMB) memberi jaminan air berwarna putih susu yang berlaku di sekitar Ujong Pasir dan Padang Temu sejak dua minggu lalu sama sekali tidak berbahaya dan selamat untuk diminum.

SAMB dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, air paip berwarna susu ini tidak akan bertahan lama dan
akan hilang dalam masa beberapa minit apabila gelembung udara mikro terlarut semula di dalam air.

Bahagian Kualiti Air SAMB juga telah menjalankan pengujian kualiti air di setiap kawasan yang terbabit dan
hasil ujian mendapati parameter kualiti air terawat yang dibekalkan adalah mematuhi piawaian Kualiti Air
Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut kenyataan itu lagi, air bewarna putih susu yang terjadi adalah disebabkan oleh udara tambahan dan
air bercampur bersama di dalam bekalan paip utama.

Katanya, semua bekalan air paip utama sememangnya mempunyai sedikit udara didalamnya tetapi udara tambahan boleh memasuki bekalan akibat dari paip pecah atau bocor.

“Apabila campuran udara tambahan dan air ini mengalir melalui bekalan paip utama, tekanan yang tinggi
menyebabkan gelembung udara mikro terbentuk.

“Di dalam paip tertutup, udara larut dalam air tetapi apabila pili paip kediaman dibuka, gelembung udara
tersebut dilepaskan keluar. Gelembung udara mikro inilah yang menjadikan air kelihatan
seperti susu.

“Ini seperti yang berlaku apabila anda membuka sebotol minuman berkarbonat,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, air paip berwarna susu mungkin nampak kotor tetapi sama sekali tidak berbahaya
dan selamat untuk diminum atau digunakan.

Jika ia tidak hilang dalam masa 24 jam, anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Aduan Syarikat Air
Melaka Berhad. Sebarang maklumat lanjut hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di
talian 15800 atau SMS/Whatsapp di 013-7515800. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button