Politik
Ahmad Maslan dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung UMNO.
Ahmad menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah.
Selain itu Sharil Hamdan juga dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO bagi menggantikan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.