Jenayah

Agensi kerajaan diperdaya sindikit penipuan ‘Datuk Wira’ bernilai RM1 bilion

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek mendedahkan individu yang bergelar ‘Datuk Wira’ telah memperdaya beberapa agensi kerajaan sehingga mencecah kerugian RM1 bilion.

Lelaki berkenaan telah melanggar Akta syarikat 1965 dengan menubuhkan perniagaan palsu dan membuat pengistytiharan tahunan palsu serta laporan audit palsu.

Dakwaannya lagi, lelaki tersebut menjalankan operasi seperti skim cepat kaya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah koperasi dengan menipu jutaan ringgit.

Namun apa yang menghairankan lelaki berkenaan tidak didakwa meskipun wang koperasi dan pendaftaran sudah dibekukan.

“Banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya tetapi tiada tindakan atau dakwaan pernah dikenakan. Saya percaya dia telah memutar belit atau memberi kenyataan palsu untuk melepaskan diri.

“Apa yang kami hairan sehingga kini lelaki terbabit tidak pernah ditahan meskipun ada membuat pengakuan bersumpah bahawa dia ada membayar rasuah kepada seorang pegawai atasan bank di mahkamah, baru-baru ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Petaling Jaya.

Selepas mengadakan sesi sidang media pada minggu lepas, Maper telah berjaya perolehi individu yang ditipu oleh lelaki berkenaan, setakat ini lapan individu telah tampil.

“Lapan individu ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan ahli perniagaan yang membabitkan kerugian puluhan jutaan ringgit” jelas Shah lagi.

Maper meminta sesiapa yang menjadi mangsa penipuan untuk mengumpul dokumen berkaitan sebelum tindakan seterusnya diambil termasuk membuat laporan polis,” katanya.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan lelaki terbabit diminta menghubungi talian 014-2214433 untuk proses pengumpulan dokumen dan lain-lain tindakan berkaitan.

Artikle Berkaitan :>

Pelabur UK ditipu oleh rakyat Malaysia yang bergelar ‘Datuk Wira’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button