Nasional

ADUN Slim, Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Slim dari UMNO, Datuk Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung.

Memetik laporan The Star, dipahamkan allahyarham meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang.

Khusairi, 59, dipercayai terkena serangan jantung ketika bermain gold dan telah dikejarkan ke Hospital Bentong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak mengesahkan berita itu.
Khusairi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Manjung menang kerusi DUN Slim dengan majoriti 2.183 undi.
Menteri Besar Pedak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan menyatakan kematian Khusairi merupakan satu kehilangan kepada rakyat Perak terutama di DUN yang diwakilinya.
“Saya kehilangan kawan baik yang saya anggap seperti abang sendiri. Takziah daripada saya untuk keluarga allahyarham,” katanya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantara di facebooknya berkata, beliau telah kehilangan seorang sahabat. Seorang sahabat sejati. 

“Sedih dan terkejut apabila saya terima panggilan tadi. Datuk  Khusairi Abdul Talib, ADUN Slim dan Ketua Bahagian Tanjung Malim telah pulang ke rahmatullah.

:Selama saya di UMNO, setiap perjuangan politik sama ada ketika susah atau senang, Allahyarham di sisi saya.

“Allahyarham seorang ahli UMNO dan pemimpin yang disenangi ramai, ikhlas dalam perjuangan dan sentiasa prihatin kepada isu rakyat.

“Saya ingat lagi Allahyarham juga mempunyai latar belakang media, pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Watan dan Setiausaha Akhbar di Sabah, serta Pengerusi FINAS.

“Satu kehilangan besar kepada saya, UMNO dan rakyat negeri Perak. Takziah kepada ahli-ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman,” tulis Najib. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button