EkonomiNasional

Kempen Emas Dua Kilo Bank Rakyat kembali

HADIAH RM400,000 melalui Kempen Emas Dua Kilo Bank Rakyat kembali menemui pelanggan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu X’Change.

Sebanyak 28 hadiah ditawarkan kepada pelanggan dengan konsep ‘Pajak dan Menang’  yang berlangsung selama empat bulan bermula 15 Julai  sehingga 15 November 2020 ini.

Kempen tersebut dijangka akan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change.

“Kempen yang dianjurkan buat tahun ketiga ini diteruskan lagi kerana sambutan memberangsangkan yang diberikan pada tahun sebelum ini.

“Pada penghujung kempen tahun lalu, Bank Rakyat telah mencapai peningkatan keuntungan sebanyak RM2.4 juta .

BACA > Penduduk Malaysia 32.7 juta, nisbah 106 lelaki bagi setiap 100 wanita — Suara Merdeka

“Keuntungan itu berjaya dicapai apabila 240,000 penyertaan diterima selepas empat bulan dilancarkan.

“Justeru, kempen ini dilancarkan bagi mempromosikan perkhidmatan Ar-Rahnu kepada masyarakat.

“Ia juga bertujuan mendidik mereka bahawa emas merupakan satu aset yang boleh dilaburkan.

“Pelaburan emas mampu melonjakkan ekonomi individu dan berupaya untuk menjana ekonomi negara.”

Demikian kenyataan Bank Rakyat yang melancarkan Kempen Emas Dua Kilo hari ini.

Menurutnya, pelaburan emas dan perkhidmatan Ar-Rahnunya mampu menjadi satu penyelesaian aliran tunai segera.

Ia juga dikatakan mampu memberi penyelesaian kepada pembiayaan muda bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

BACA > Hukuman baharu pemandu mabuk dibentang dalam sidang Parlimen ini — Suara Merdeka

“Masyarakat di Malaysia sudah mula menyedari kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu.

“Senario ini dapat dilihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

“Ketika itu, kebanyakan masyarakat memanfaatkan perkhidmatan Ar-Rahnu sebagai medium untuk membantu mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Bank Rakyat juga menyasarkan untuk mengubah persepsi masyarakat tentang perkhidmatan pajak gadai Islam.

Menurutnya, pajak gadai bukan hanya untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan sahaja.

“Sebaliknya boleh dijadikan sebagai tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsur riba yang dilarang Islam.

“Menerusi kempen ini, Bank Rakyat menyasarkan pertumbuhan pengeluaran pembiayaan Ar-Rahnu sebanyak 20 peratus.

“Selain itu turut sasarkan pertambahan pelanggan sebanyak dua hingga lima peratus pada penghujung kempen iaitu pada bulan November 2020,” ujarnya.

Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo akan memenangi 1kg emas yang akan diumumkan selepas kempen berakhir.

BACA > Tuntutan palsu: SPRM cari dua individu — Suara Merdeka

Hadiah lain yang ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan 10 gram emas. – SM

(Visited 807 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button