Politik

Empat ADUN PN tarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka

EMPAT Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) dari pihak Kerajaan menarik sokongan terhadap Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

ADUN Sungai Udang (UMNO) Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu (Bebas) Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas (Bersatu) Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor (UMNO) Datuk Nor Azman Hassan membuat pengumuman tersebut sebentar tadi.

Pengumuman itu diketuai Idris bersama mereka dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini.

“Saya Idris Haron, ADUN Sungai Udang bersama-sama rakan-rakan, Datuk Nor Azman, Datuk Norhizam, Datuk Noor Effandi mengumumkan telah hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami berempat telah serah surat ketidakpercayaan kami dan menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman yang telah dihantar ke Pejabat Ketua Menteri pagi tadi,” katanya.

Related Articles

Dengan ini, Sulaiman hanya mempunyai 13 kerusi di DUN Melaka berbanding Pakatan Harapan yang memiliki 11 kerusi. DUN Melaka mempunyai keseluruhan 28 kerusi.

Sulaiman, yang juga setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei 2018.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button