Adik Sajat, Mustika kesal dituduh tidak jaga bapa sakit
Adik kepada usahawan sensasi, Sajat Kamruzzaman iaitu Mustika meluahkan rasa berang apabila dituduh tidak menjaga bapanya yang sedang terlantar sakit.
Tuduhan tersebut timbul selepas Datuk Seri Aliff Shukri dan Datin Shahida membantu membelikan kerusi roda buat bapanya dan memuat naik video di media sosial baru-baru ini.
Tidak hanya berdiam diri, Mustika memuat naik kenyataan di Tiktok tidak puas hati terhadap segelintir netizen yang fitnah dirinya.
“Masalahanya mana mak aku, kembar, aku masa alif ni datang ha??? Tak pasal-pasal aku kena fitnah lagi, abis tu bapak aku selama ini memang tak berkerusi roda ke?, hidup jangan jadi babi,’’ tulisnya.
@must1ka_55 Alif tu,laki orang mati pun dia nk record!!
Terdahulu, Sajat tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui bapanya jatuh sakit akibat sampingan vaksin covid.
Dalam pada yang sama Sajat juga mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu di atas pertolongan usahawan terbabit.