Hiburanpilihan

Kerana Nak Jadi Model, Sajjad Sanggup Makan Pucuk Ubi

Usahawan transgender, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih popular Sajjad meluahkan rasa teruja apabila dirinya terpilih untuk menghadiri raptai permodelan di Australia.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sajjad memuat naik satu kenyataan bahawa dia menerima pelawaan itu dari agensi permodelan  bagi acara di Ambassador Venues, Sdney Australia.

Sajjad meluahkan rasa teruja, seakan tidak percaya dan akan melakukan yang terbaik selain sempat berseloroh hanya mahu makan pucuk ubi dan lemon bagi memenuhi undangan tersebut.

Perkongsian Sajjad itu telah mencuri perhatian pengikutnya, rata-rata juga meningalkan komen taniah pada dirinya dan sebahagian lagi komited untuk mengecamnya seperti yang sewajarnya.

Terdahulu, usahawan transgender itu telah berhijrah ke Australia pada Februari lalu dan memaklumkan tidak akan kembali ke Malaysia.


Malah sebelum ini, dia pernah mengaku bahawa dia sebenarnya seorang lelaki dan kini dikatakan sedang dalam proses untuk menukar status jantinanya di negara itu.

(Visited 232 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button