Abang Bas muat naik ‘’Crush dengan pelajar sekolah rendah, Nancy arah buat laporan polis
MENERUSI hantaran di Platform X, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat, Datuk Seri Nancy Shukri arah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas sekolah.
Kerana disyaki merakam video gelagat murid sekolah yang dimuat naik ke akaun TikTok ‘Abang Bas’, menurut Nancy pihak kementerian turut bersedia untuk beri kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Johor bagi membantu siasatan.
“Perlakuan seperti ini tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.
“Saya telah mengarahkan JPKK untuk membuat laporan polis dengan segera dan kami juga sedia untuk bekerjasama dengan D11 IPK Johor.
“Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini seorang pengguna X melahirkan kegusaran terhadap kandungan pemilik akaun TikTok dengan nama ‘Abang Bas’ ekoran memuat naik video gelagat murid perempuan sekolah rendah ketika dalam kenderaan tersebut.
Artikle Berkaitan :>
Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan berkuat kuasa 1 September – Nancy Shukri