Sukan

Habis mak bapa dimaki gara-gara bola

Satu hakikat yang harus ditelan ialah Bahrain adalah pasukan yang lebih kuat berbanding Malaysia.

Mudah sahaja lihat ranking dunia. Bahrain pada tangga 87, manakala Malaysia 152.

Cuaca dan padang buruk semalam hanya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi budak belasahan. Selain permainan skuad kebangsaan sudah jauh meningkat.

Kekalahan semalam bukan kerana kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menonton atau malangnya menteri belia dan sukan.

Dan bukan juga salah pengadil atau pemain negara.

Bola itu bulat kesilapan penjaga gol melakukan terjahan kasar di dalam kotak penalti juga berlaku dalam situasi di luar kawalan.

Malaysia hanya tewas nipis dan perlu bangkit dengan kemenangan besar berdepan Bangladesh yang tidak kurang hebat aksinya walaupun berada 186 ranking Fifa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button