KebakaranNasional

2 rentung, 5 rumah musnah dijilat api

DUA wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemui dalam sebuah rumah dua tingkat.

“Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman yang tamat sepenuhnya pada 3 pagi tadi turut dibantu anggota bomba komuniti Sri Titingan.

Katanya lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button