Nasional

Kanak-kanak 4 tahun, bayi tujuh bulan maut kebakaran

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun dan bayi tujuh bulan meninggal dalam satu kebakaran sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Perak, hari ini.

Mangsa Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adiknya Nor Fahmia, tujuh bulan, meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas kira-kira jam 5 pagi waktu kejadian.

Menurut laporan daripada Berita Harian, kejadian berlaku ketika dua beradik terbabit berada di tingkat dua bangunan itu, sementara ibu bapa mereka bersahur di tingkat bawah.

Ketika kebakaran mangsa terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai itu, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso

“Bagaimanapun, dua beradik itu dapat dibawa keluar anggota bomba dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kebakaran nyata pada tubuh mereka.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran bangunan kedai makan tiga tingkat itu menempatkan sebuah restoran tomyam di tingkat bawah premis dan tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja manakala tingkat tiga pula kosong.

Jelas Barudin Wariso kebakaran berlaku di tingkat dua yang dilengkapi dua bilik yang menjadi tempat tinggal pekerja kedai.

“Ketika kejadian, hanya dua kanak-kanak itu berada di tingkat dua, manakala ibu bapa bersama pekerja lain sedang bersahur di tingkat bawah.

“Kedua-dua mangsa adalah anak kepada pemilik restoran itu. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa,” katanya. – Berita Harian – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button