Jenayah

Ibu saudara kanak-kanak terjatuh dari tingkat 16 ditahan

Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Zainal berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya.-Bernama

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button