Nasional

Peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk industri pelancongan

KERAJAAN memberi komitmen untuk memulihkan dan memangkin pembaharuan beberapa sektor tumpuan seperti industri pelancongan, kreatif, peruncitan, pertanian dan komoditif supaya dapat kembali beroperasi pada kapasiti maksimum.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sejumlah RM1.6 bilion diperuntukan untuk industri pelancongan.

“Peruntukan sebanyak RM600 juta diberikan bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) yang akan memanfaatkan lebih 26 ribu majikan dan 330 ribu pekerja.

“Sebanyak RM600 juta bagi pembiayaan khusus bagi sektor pelancangon di bawah PENJANA Tourism Financing dan BPMB Rehabilitation Scheme.

“Bantuan khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tempoh tiga bulan dengan peruntukan RM85 juta,” katanya.

Sementara itu, sebanyak RM50 juta diperuntukan bagi penyelenggaraan infrastruktur pelancongan dan RM30 juta disediakan sebagai pemberian geran padanan bagi tujuan pembaikan kepada 738 hotel bajet yang berdaftar di bawah MOTAC serta geran pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar.

Peruntukan sebanyak RM60 juta sebagai dana galakan diberi bagi tujuan aktiviti promosi serta galakan pelancongan domestik.

Kerajaan akan menggiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan kesihatan dengan peruntukan RM20 juta kepada Malaysian Healthcare Travel Council. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button