Nasionalpilihan

Aliran trafik lebuh raya terkawal – LLM

ALIRAN trafik di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang dilaporkan berada dalam keadaan terkawal setakat pukul 7 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di laman Twitter melibatkan kawasan Plaza Tol Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang serta laluan mendaki di Genting Sempah, Pahang.

“Selain itu, aliran trafik di sepanjang lebuh raya di sekitar Plaza Tol Sungai Besi, Serdang, Selangor; Plaza Tol Skudai dan Plaza Tol Kempas, Johor, masih lancar.

“Malah, aliran trafik di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang termasuk Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) juga lancar dan terkawal,” katanya.

Katanya, aliran trafik juga lancar di sekitar Plaza Tol Karak, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Tambahnya, aliran trafik perlahan tiga kilometer dari Taiping Utara ke Bukit Merah, Perak berikutan penutupan lorong kanan di Kilometer (KM) 198.7 arah utara bagi kerja pengalihan kemalangan treler di lokasi terbabit.

Sebelum ini, ramai yang menjangkakan lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang akan sesak pada hujung minggu ini kerana kebenaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 11 Oktober lalu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button