Hiburan

Makanan diletak atas tempat buang sampah, Rita Rudaini tegur penghantar makanan

MASALAH antara penghantar makanan dan pembeli sering menjadi isu di media sosial kerana kedua-duanya sering tidak berpuas hati dengan satu sama lain.

Terbaharu, pelakon, Rita Rudaini pula melahirkan rasa kekecewaannya terhadap sikap segelintir penghantar makanan yang disifatkan tidak ikhlas dengan tanggungjawab.

Rita memuat naik rasa tidak puas hatinya selepas makanan yang dihantar oleh penghantar makanan diletakkan di atas tempat buang sampah.

“Benda makan. Rezeki. Letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.

“Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.

“Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu,” kata Rita di akaun media sosialnya.

Namun menurut Rita, dia tidak menyalahkan semua penghantar makanan kerana ada di antara mereka yang menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Saya bukan cakap semua. Ada sesetengah hormat dengan makanan. Pergi letak depan pintu atau tempat tertutup dan siap berlapik lagi,” katanya.

Isu sebegini bukanlah baharu. Sudah banyak kali berlaku perbalahan antara penghantar makanan dan pembeli. Kedua-dua mahu menuding jari antara satu sama lain.

Kadang-kadang, penghantar makanan mahu menyelesaikan kerjanya dengan segera untuk menerima pesanan yang seterusnya.

Pembeli pula terlalu mengharap pada penghantar makanan untuk memberikan yang terbaik kepada mereka.

Jalan penyelesaiannya, bertolak ansurlah antara satu sama lain. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button