Luar Negara

Bawa lipas ke restoran untuk makan percuma, perbuatan dirakam CCTV

SEORANG lelaki di China ditangkap gara-gara menipu restoran kononnya ada lipas dalam makanan yang dihidangkan.

Dia sudah melakukan penipuan seperti ini di dua restoran berbeza dalam waktu 24 jam.

Memetik Daliy Star, lelaki yang dikenali sebagai Tuan Cai itui mengunjungi dua cawangan restoran terkemuka di Haidilao, dan mengeluh tentang lipas dalam makanannya.

Sebagai ganti rugi, pihak restoran menawarkan makanan percuma kepadanya yang masing-masing berharga sekitar RM600 dan RM250.

Namun aksinya itu dirakam kamera litar tertutup lalu pihak pengurusan restoran melaporkan kepada polis.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu telah memegang seekor lipas di belakang telefonnya dan menjatuhkan ke dalam makanan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button