EkonomiNasional

Asri sarankan kempen global BMF dalam Sidang Kemuncak KL

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyarankan kempen utamakan produk umat Islam (BMF) diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

Beliau membuat gesaan itu dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di ibu negara hari ini, yang menyaksikan penyertaan pemimpin-pemimpin negara Islam seperti Turki, Qatar dan Iran.

Beliau juga menyuarakan pembentukan blok perdagangan Islam – saranan hampir sama dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkaitan pasaran dagangan bersama negara-negara Islam.

Asri yang menafikan tindakan sebagai rasis menggesakan orang Islam membantu sesama mereka.

“Bagaimanapun, kita tidak pernah minta untuk memboikot barangan dan perkidmatan bukan Islam,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button