Hiburan

Yang Tak Tahu Bezakan Frasa ‘Talent’ Dan ‘Pelakon’ Cuma Netizen Serta Menteri Sahaja!

Frasa ‘pelakon’ yang dilemparkan kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembikinan sebuah video muzik (MV) Aidilfitri bertemakan sistem judi atas talian, Bet333 adalah kurang tepat.

Kerana pada realitinya, mereka hanya layak digelar sebagai ‘talent’ sahaja.. langsung tidak layak digelar pelakon jika netizen serta menteri ingin bercakap tentang skop industri pekerja seni di Malaysia.

Sebab itulah apabila berita mengenai isu ini disiarkan, kita lihat ramai netizen bodoh berani menulis komen, “Siapa pelakon ni? Tak pernah kenal pun!”

Maka memang netizen takkan kenallah siapa mereka sebab mereka sememangnya bukan PELAKON. Mereka cuma TALENT. Biar penulis ceritakan perbezaannya.

Kenali Siapa Kategori Talent

Apabila anda menonton TV, perasan tak ada babak orang lalu-lalang? Duduk dekat meja makan? Jadi latar belakang polis yang nak buat tangkapan tetapi macam tunggul?

Muncul di TV namun tidak berdialog? Atau yang nampak cuma bahu, siku, rambut dan belakang badan? Muncul semata-mata untuk meninggal dunia sahaja atau jadi jemaah masjid?

Atau peranan kecilnya? Berdialog cuma untuk satu episod yang tak sampai pun 60 saat? Jika anda perasan kewujudan manusia ini, merekalah yang digelar sebagai ‘talent’ tersebut.

‘Talent’ ini kurang dikenali namanya. Sebabnya tidak popular. Belum masuk ke taraf pelakon tetapi apa netizen dan menteri tahu kecuali melontarkan persepsi?

Antara musibat bergelar ‘talent’ adalah bayarannya sehari cuma sekitar RM70 sahaja yang jadi pak pacak dan RM80 bagi yang pandai berdialog sikit-sikit.

Kalau banyak babak, berkonti serta dipanggil terus oleh pihak produksi, bolehlah dapat bayar sehari RM150 – RM180. Itu pun sebulan mungkin cuma 5 – 6 kali.

Namun yang kawan-kawan, ahli keluarga, netizen dan menteri nampak, “Wahh.. keluar TV. Asyukkk ler dia!” Asyuk kepala otak dia kalau taraf bayarannya cuma begitu.

‘Talent’ tak boleh demand. Kalau demand, dikatakan banyak cekadak. Bila banyak cekadak, terus kena senarai hitam dengan agensi pencari ‘talent’.

‘Talent’ tak boleh datang semasa nak shooting sahaja. Mesti kena standby selama 12 jam. Kalau kena ‘sidai’ sebab pihak produksi tak lepaskan, itu perkara biasa.

Kenali Siapa Kategori Pelakon

Berbeza dengan pelakon. Pelakon ini jenisnya dikenali. Hatta pelakon baharu sekali pun, dia tetap masih dikenali segelintir peminat tersendiri. Jelas tarafnya lebih tinggi.

Pelakon ini kalau muncul dalam drama, telefilem atau filem, waktu kemunculannya mukanya lebih lama. Sampai orang akan ingati bahawa dia adalah karakter yang tetap.

Tanpa dia dalam sesebuah pembikinan karya seni, roh serta jalan cerita gagal disampaikan dengan baik meski pun sesetengah individu yang muncul pernah digelar kayu.

Walau digelar kayu sekali pun, individu tersebut tetap dikenali, popular dan tarafnya sebagai pekerja seni layaklah digelar sebagai seorang pelakon.

Pelakon boleh datang set apabila diperlukan sahaja. Boleh terus balik apabila selesai shoot semua babak yang memerlukan kelibat dia.

Kalau ada salah silap sikit, pihak produksi nak marah pun tak berapa nak boleh sebab yang pilih adalah stesen TV atau produser itu sendiri.

Dah Reti Beza Ke Netizen Dan Menteri?

Jadi berdasarkan huraian di atas, begitulah perbezaan frasa antara ‘talent’ dan juga ‘pelakon’ yang sering digunakan oleh netizen termasuklah menteri sendiri.

Maklumlah.. orang kita bukannya suka mengkaji. Yang tak tahu, diteruskan biar jadi tak tahu sampai tujuh keturunan. Malah kalau boleh nak, nak extend lagi sampai 10 keturunan.

Komen-komen nakal Cik Kiah dok membawang, “Siapa pelakon ni? Tak kenal pun!” Memang membawa seribu satu gelak tawa kepada penulis tanpa sebarang sebab.

Suka hatilah. Teringat pada satu kisah Pak Mat yang gemar berpakaian kemas, masuk bekerja di kawasan sekolah. Sekampung kata Pak Mat kerja jadi cikgu (tak bertanya pada tuan badan sendiri pun).

Padahal Pak Mat cuma tukang kebun yang mencari rezeki halal untuk mengisi perut setiap bulan walaupun gaji yang diterimanya tak pernah cukup untuk memewahkan diri sendiri.

Tetapi orang kan.. apa dia tahu? Yang dia tahu cuma mulut dia nak bersembang apa sahaja. Zaman sekarang ini, jari pun terpaksa tanggung dosa sebab buat persepsi!

P/s : Kawan-kawan penulis pun anggap penulis jadi talent ni ‘asyukkk’. Padahal sebulan mungkin cuma dapat 2 – 3 yang nilainya RM80 sehari. Bayar hutang pun tak lepas!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button