Politik

Pemimpin UMNO sudah mula pakai otak – Lokman Adam

NAMA Lokman Adam yang bergelar Datuk agak sering juga meniti dari bibir ke bibir ahli-ahli UMNO. Untuk berlaku adil, ada yang senada dengan beliau dan ada juga yang bertentangan namun masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dalam hal-hal berkaitan dengan parti dan politik tanah air.

Menerusi status Facebook akaun milik Lokman Adam, beliau memuatnaik catatan yang turut mendapat komen daripada Jamal Yunos.

Siapa yang tidak kenal Jamal Yunos, juga seorang yang bergelar Datuk kerana suatu ketika dahulu, beliau adalah jagoh air tak ada di Selangor.

Kalau diimbas sikit tindakan Jamal Yunos, beliau sanggup bertuala, bawa baldi, berus gigi, ubat gigi dan berpiket di depan pintu pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Imbas sikit tindakan ekstrem yang pernah dilakukan oleh Jamal Yunos ini ialah protes minuman keras yang mana beliau menghancurkan berpuluh-puluh botol minuman alkohol.

Berbalik kepada status Lokman Adam yang dimuat naik oleh beliau kira-kira 18 jam yang lalu, beliau memberi gambaran melalui penulisannya bahawa dirinya difitnah oleh individu yang menggunakan nama samaran PAPAPORNO.

Fitnah yang dilemparkan oleh PAPAPORNO yang namanya disebut di atas dan dicatat secara jelas dalam status Facebook Lokman Adam ialah beliau sebagai penyokong Anwar Ibrahim.

“Papaprno yang diketahui umum pendokong setia Hamzah dan Hisham cuba memfitnah saya sebagai penyokong Anwar Ibrahim dengan mengedit (menyunting) ucapan saya,” catat Lokman Adam.

Untuk memberikan pencerahan di pihak dirinya, Lokman Adam menyertakan video ucapan penuhnya beserta dengan pautannya sekali.

“Dalam video saya jelaskan bahawa jika surat kepada Agong dari Dato Sri Zahid (merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) itu betul, ia hanya bagi membolehkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dapat mengadap Tuanku untuk cubaan membentuk kerajaan,” catat Lokman Adam.

Seterusnya, Lokman Adam menjelaskan, apabila Tuanku memanggil Ahli Parlimen Barisan Nasional (ditulis begini oleh Lokman Adam: MP BN) untuk proses pembuktian, pada ketika itu baru MP UMNO tegaskan kepada Tuanku bahawa mereka mahukan Parlimen dibubar, tidak menyokong Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan tidak juga menyokong Anwar.

Menerusi catatan yang dibuat oleh Lokman Adam itu juga, beliau menulis begini: Nampaknya PAPAPORNO yang dikenali umum setelah menerbitkan video Anwar dan Chinadoll sudah agak terdesak sehingga sanggup memfitnah dengan video sekerat ini – https://youtu.be/HRu793RDgsA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button