Hiburan

Tak letak sasaran untuk masuk AJL pun – Zynakal

BAGI yang mengikuti program Anugerah Juara Lagu, ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan senarai lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir.

Lagu Sakit yang dinyanyikan Zynakal dan Yonnyboi juga tidak terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat akhir sehingga menimbulkan persoalan ramai pihak.

Namun, Zynakal memberitahu yang dia tidak meletak sasaran untuk ke AJL sekalipun ketika merakamkan lagu tersebut.

“Niat lagu itu sewaktu dirakamkan adalah untuk memberitahu orang bahawa saya berada dalam keadaan sakit. Bukan sebab nak ke AJL.

“Gagal ke AJL saya anggap sebagai bukan rezeki. Mungkin dalam masa akan datang lagu saya akan terpilih atau dapat rezeki yang lain,” katanya.

Zynakal turut meminta peminat lagu tersebut supaya tidak terus mempertikai keputusan yang telah dibuat oleh juri.

Malah, dia turut memohon supaya peminatnya dapat mendoakan kejayaannya di masa hadapan.

“Saya tahu ramai yang sedih sebab lagu itu tidak ke AJL. Saya juga terima banyak mesej di Instgram berkaitan rasa tidak puas hati mereka.

“Secara peribadi saya juga sedih tetapi perlu kuat untuk terus ke hadapan,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button