DIY laman rumah ala English Garden, dekorasi kreatif pengguna Facebook viral
Muncul macam-macam gaya rakyat Malaysia menzahirkan kreativiti masing-masing untuk mengisi masa lapang di media sosial Facebook dan Twitter sehingga mencuri perhatian orang ramai.
Antaranya, penciptaan “backyard garden” milik Saudara Ady ZM yang menggunakan kaedah “interlock pavement”.
“Interlock pavement” merupakan satu kaedah dekorasi yang penggunaan batu blok untuk membuat turapan lebih kukuh dan tahan lasak.
Beginilah gambaran keseluruhan dekorasi “backyard garden” yang membawa keunikan tersendiri bagi sesebuah laman.
Bukan itu sahaja, pemilik “backyard garden” ini juga bijak menggayakan dekorasi kerusi dan meja yang berwarna gelap untuk menaikkan seri laman ini.
Batu blok pasir digunakan sebagai asas untuk membuat permukaan yang lebih rata bagi memberi sentuhan yang lebih kemas.
Menariknya lagi, batu blok pasir digunakan sebagai pasu! Lain daripada lain kan?
Batu blok pasir disusun secara bersilang dan saling berkait disusun keliling laman ini untuk mencipta ruang privasi.