Hiburan

Konsert ulang tahun ke 20 Inteam tiada Suhaimi Saad

WALAUPUN sudah lama keluar daripada Inteam iaitu pada sekitar tahun 2005, nama Suhaimi Saad tetap dikenali ramai.

Bukan kerana kerjaya seninya, tetap disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Suhaimi sering mengundang kontroversi dan kecaman netizen.

Suhaimi sebelum pernah dikecam kerana menolak suntikan vaksin dan tidak menghantar anaknya ke sekolah.

Terbaharu, Suhaimi memberitahu yang dia kini mempunyai sakit mata kronik sejak setahun lalu dan tidak menolak terdapat unsur ilmu hitam akibat kesakitannya itu.

Disebabkan itu juga, Suhaimi berkemungkinan besar tidak akan menyertai Intem bagi Konsert Ulang Tahun Intem ke 20 pada 12 Disember depan.

Suhaimi Saad bersama isterinya, Ina Naim.

Menurut Ketua Kumpulan Inteam, Mohd. Syahril Abdul Khalid, pihaknya memang inginkan Suhaimi berada di atas pentas pada hari tersebut.

“Tetapi ramai yang tahu dengan keadaan Suhaimi sekarang dan sakit yang dialaminya telah menyebabkan pergerakannya terbatas.

“Apatah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerkan Bersyarat (PKPB) yang menyebabkan kita tidak boleh merentas negeri menyukarkan lagi untuk kita bawa Suhaimi bersama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai konsert berkenaan, Mohd Syahril memberitahu yang ianya akan diadakan secara atas talian dan hanya 100 orang sahaja yang boleh hadir.

“Konsert yang dianjurkan ini secara majoritinya boleh ditonton secara online dan kami hanya memperuntukkan tiket yang sedikit sahaja untuk peminat hadir.

“Ia juga bergantung sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat di Selangor pada 6 Disember ini.

Sekiranya tempoh PKPB disambung lagi, maka konsert ini akan dijalankan sepenuhnya menerusi online,” ujarnya.

Ujarnya, tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh dibeli menerusi laman web www.inteam.my yang berharga RM10, RM25, RM50, RM100 untuk tontonan online berserta dengan cenderahati.

Selain itu, tiket berharga RM200 pula dijual untuk mereka yang hadir di lokasi konsert di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor dah hanya terhad kepada 100 orang sahaja berserk dengan cenderahati.

Selain Inteam, konsert berkenaan akan disertai beberapa artis lain seperti kumpulan Hijjaz, Exists, Lah Ahmad, UNIC serta artis generasi baharu seperti Khai Bahar, Ikhwan Fatanna dan artis naungan Inteam iaitu Zayne. -SM

(Visited 845 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button