Politik

PH bab kencing memang tak rasis, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara isu utama pengundi Cina tolak PH di Tanjung Piai ialah isu peruntukan kerajaan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR).

Pada tahun 1971, kata beliau, Parlimen Malaysia bersetuju untuk kerajaan memberi peruntukan tahunan ke KUTAR.

“Sebelum PRU14, Lim Guan Eng juga beberapa janji dalam ceramah kepada kaum Cina bahawa peruntukan untuk KUTAR akan diteruskan.

“Selepas PRU14, dia mungkir janji pula,” katanya dalam hantara ke facebook miliknya.

Peruntukan KUTAR yang ada 30,000 pelajar, katanya, dikurangkan dari RM30 juta ke RM5 juta tahun tahun ini dan diturunkan lagi ke RM1 juta dengan alasan bahawa KUTAR ini ada kaitan dengan MCA.

“Atau 10 sen sehari untuk setiap pelajar. Ya, PH ini memang tak rasis apabila mengencing,” katanya.

“Bila mereka kencing, semua kaum dikencing sama rata,” katanya.

Selepas kekalahan teruk di PRK Tanjung Piai pula, kata Najib, Guan Eng mula panik.

Dia cepat-cepat umum bahawa peruntukan RM30 juta setahun akan diteruskan. Tetapi dengan syarat.

Dia kata KUTAR ini ada kaitan dengan MCA (walaupun ramai pemimpin PH seperti Salahudin Ayub, Chow Kon Yeow dan Teresa Kok merupakan graduan dari sana).

Dia kata dia mahu MCA putuskan hubungan dengan KUTAR.

Oleh itu, peruntukan RM30 juta setiap tahun ini akan diberi kepada sebuah persatuan alumni bernama Tarcian Alumni Association (TAA) untuk dijaga.

Tindakan Guan Eng ini lagi mengundangkan kemarahan kaum Cina.

Kerana apa?

Siapa pernah dengar bahawa wang Universiti dijaga oleh persatuan alumni?

Lagipun, KUTAR ada 5 persatuan alumni.

Paling besar sudah berpuluh tahun lamanya dengan 116,000 ahli.

Paling kecil ialah TAA dengan 7,000 ahli. TAA pun hanya ditubuh pada tahun 2012.

Lalu terkeluar pula penyata akaun TAA yang menunjukkan mereka cuma ada aset sebanyak RM10 ribu dengan defisit RM6,900.

Ya, TAA dengan aset RM10,000 dan defisit RM6,900 kini diberi RM30 juta setiap tahun oleh Menteri Kewayangan untuk “jaga”.

Selepas itu pula terbongkar gambar TAA ini menyumbang RM100,000 kepada menteri DAP untuk Tabung Harapan pada tahun lepas.

Muka-muka dalam gambar TAA memberi sumbangan kepada Tabung Harapan juga sama dengan mereka yang membuat sidang akhbar bersama Guan Eng semalam.

Itulah sebab Guan Eng pilih persatuan alumni yang paling kecil ini untuk menerima dana RM30 juta setahun itu.

Yang ada 116,000 ahli, dia tak mahu pilih. Dia pilih yang ada 7,000 ahli.

Oleh itu presiden MCA pun menyoal adakah Guan Eng ini ikhlas nak jaga pendidikan rakyat atau mahu main politik dengan kawan-kawannya.

Wee Ka Siong pun kata tak payah Guan Eng rumitkan keadaan.

Nak jaga pelajar atau nak jaga kroni?

Kalau ikhlas nak tolong, bagilah RM30 juta setahun itu terus kepada 30,000 pelajar KUTAR sekarang.

Setiap pelajar boleh dapat RM1,000 setahun.

Guan Eng kena “sai-lang” (checkmate) dengan Wee Ka Siong.

Sehingga ini, Guan Eng belum jawab.

Sementara itu, orang Cina bertambah marah lagi dengan Guan Eng dan DAP.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button