Ekonomi

Harga petrol: Tiada apa yang menarik, RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Nov.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.40 seliter dan RM2.27 seliter.

Kadar itu menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.40 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit diesel yang berada pada paras RM2.25 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan kepada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Berikutan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 23 hingga 29 Nov berjumlah RM111.56 juta.– BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button