Politik

PRK Chini: Muhyiddin sokong BN, Mohd. Shahrim hargai

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pekan akan turun padang membantu calon Barisan Nasional, Mohd. Shahrim Md. Zain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.

Perkara itu disahkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menjadi pilihan raya pertama bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sebagai Presiden dan Perdana Menteri, saya sokong sepenuhnya calon diputuskan oleh Barisan Nasional yang akan bertanding dalam PRK Chini.

“Justeru bagi memastikan kejayaan PN, kesemua akar umbi di Pekan akan turun berkempen bagi membantu calon yang diputuskan oleh perikatan ini.

“Persefahaman dan kematangan parti komponen PN untuk berkempen dan berkongsi pentas politik menerusi PRK Chini adalah langkah bersejarah dalam pembentukan perikatan ini kearah pertalian yang erat dan stabil.

BACA > Calon PM: Anwar tidak sesuai kerana tidak popular dalam kalangan Melayu — Suara Merdeka

“Oleh demikian, kejayaan BN di Chini sebagai sebahagian daripada PN menandakan rakyat Malaysia yakin gabungan ini boleh bekerjasama.

“Rakyat juga pasti yakin gabungan ini mampu memastikan kebajikan mereka dan pembangunan negara berjaya.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu kenyataan yang dipetik portal The Star hari ini.

Dalam pada itu, mengulas sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri, Mohd. Shahrim mengucapkan terima kasih atas usaha daripada Bersatu khusunya Bahagian Pekan.

Menurutnya, dengan perkongsian pentas bersama Bersatu, mereka akan bekerja keras bagi menarik lebih ramai pengundi.

BACA > Covid-19: Kes tempatan 0, 1 kes baharu — Suara Merdeka

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila memberikan sokongan kepada saya selaku calon BN.

“Ia juga pasti atas kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk bersama dan memastikan calon wakil rakyat di Chini untuk bersama membantu.

“Apabila diberikan mandat pastinya memudahkan saya apabila kerajaan Pusat sendiri yang akan juga beri perhatian di DUN Chini,” katanya lapor portal MalaysiaGazette.

Seramai 20,972 pengundi dijangka akan turun mengundi Sabtu ini.

DUN Chini diisytihar kosong kerusinya selepas penyandang Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei lalu.

BACA > Najib dapat pelepasan mahkamah hadir kempen Chini — Suara Merdeka

Semalam, seramai 18 anggota polis dilaporkan mengundi awal dalam pilihan raya DUN itu di Bilik Maklumat Balai Polis Chini yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button