NasionalRencah Hidup

Pemilik restoran bantu orang miskin lapar dengan hidangan RM1

TERKESAN dengan tekanan dan kehilangan pendapatan dihadapi oleh masyarakat sekeililing, seorang pengusaha restoran tampil dengan hidangan RM1 sepinggan.

Tawaran itu dibuat oleh pemilik sebuah restoran nasi kandar di Taman Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah, Sheikh Faizal Mohd. Ismail dan isterinya Intan Suhainiza Zakaria.

Menurutnya, kepayahan dilalui penduduk setempat terutama selepas pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjentik hatinya untuk membantu.

Walaupun, keadaan ekonomi yang menekan dan pendapatan hampir kesemua sektor perniagaan merudum pasangan itu berani mengambil langkah sedemikian.

Bayaran RM1 bukanlah nilai yang menguntungkan, malah tidak padan jika dibandingkan dengan hidangan sepinggan nasi.

BACA > Juruterapi OKU penglihatan lega pusat refleksologi beroperasi semula — Suara Merdeka

“Kami mahu bersedekah dan sekadar meraih pendapatan yang cukup untuk terus berniaga.”

Katanya lapor portal The Star dan turut memaklumkan hidangan RM1 itu termasuk lauk ikan goreng, ayam atau daging serta sayur-sayuran dan telur.

Malah dalam tinjauan portal itu pada Jumaat lalu, mendapati restoran berkenaan meriah dengan kehadiran pengunjung bagi menikmati hidangan di sana.

“Kari dia sangat sedap. Sedap tak terkata,” kata Darus Ayob yang merupakan pelanggan pertama di restoran itu.

Selain hidangan RM1, bagi mereka yang berkemampuan, restoran berkenaan juga menawarkan harga hidangan yang murah.

“Ini pertama kali saya datang ke sini selepas mendengar tetang restoran ini daripada kawan dalam Facebook.

“Terkejut juga, ambil lauk yang sedap dengan sepinggan nasi, tetapi bayaran yang dikenakan hanya RM5 sahaja,” ujar Rozaidi Rosli, 44.

BACA > Banjir: Lima daerah di Sabah terjejas — Suara Merdeka

“Datang ke sini sebab anak yang ajak. Saya rasa sesiapa yang datang ke Sungai Petani mesti singgah dekat kedai ini,” kata Rahmah Ahmad, 62.

Dalam pada itu, tambah Sheikh Faizal dan Intan Suhainiza, sebelum mereka berniaga di Sungai Petani, kedai makan pertama diusahakan mereka adalah di Jalan Transfer, Pulau Pinang.

Mereka kemudian berpindah ke Sungai Petani dan meneruskan perniagaan di sana.

Katanya lagi, tawaran RM1 itu tidak akan berhenti kerana mereka mahu membantu golongan yang susah dan memerlukan.

Terdahulu, ketika peringkan awal pelaksanaan PKP, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 bilion untuk membantu peniaga perusahaan kecil dan sederhana.

Peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada RM250 bilion yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Kemudian, pada April, kerajaan mengumumkan tambahan RM10 bilion bagi membantu majikan dan peniaga PKS membayar gaji pekerja melalui subsidi upah yang dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.

BACA > Sekolah disaman hampir RM2 juta kerana kes buli — Suara Merdeka

Dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan pada 5 Jun lalu, kerajaan turut menawarkan geran dan pinjaman bagi PKS menerusi peruntukan sebanyak RM700 juta. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button