Hiburan

Aizat Amdan pilih berduet dengan artis Indonesia

PENYANYI Aizat Amdan memilih untuk berduet dengan peserta akhir rancangan realiti Rising Star Indonesia, Hanin menerusi single terbaharu mereka berjudul Ku Mau.

Menariknya lagi, lagu tersebut ditulis oleh empat individu iaitu Aizat Amdan, Anas Amdan, Yeshua Abraham (Indonesia), Melanie Wehbe (Sweden) dan Elias Naslin (Sweden).

Menurut Aizat, memang dia mengimpikan untuk mengembangkan karyanya dan berkolaborasi dengan dengan ramai individu untuk mendekati pendengar di seluruh dunia.

“Single ini merupakan langkah pertama gabungan penulis Sweden Melanie Wehbe ( komposer), Elias Naslin (penerbit/jurutera/komposer), Indonesia Yeshua Abraham (penulis lirik bahasa Indonesia) dan Malaysia Anas Amdan (produser/komposer) serta Aizat Amdan (komposer) untuk saya melebarkan lagi karier saya sebagai penyanyi dan komposer.

>BACA Mampu ke Blackpink tewaskan BTS?

“Rentaknya bersahaja, sesuai buat semua golongan muda atau tua. Lagu ini berkonsepkan cinta yang luas dengan bait-bait lirik jenaka dan serius serta romantis dalam masa yang sama. Membuatkan ia sesuai untuk segala keadaan “good vibes”,” katanya.

Sementara itu, Hanin Dhiya pula bersetuju untuk bekerjasama dengan Aizat selepas kali pertama mendengar lagu tersebut.

“Asalnya lagu ini berbahasa Inggeris dan saya tidak menyangka yang lagu ini boleh diadaptasikan kepada Bahasa Malaysia, Indonesia dan dijadikan single duet untuk saya dan Aizat,” jelasnya.

‘KU MAU’ merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula semalam. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button