Nasional

6 negeri bebas Covid-19, tiada daerah merah

Daerah Sabak Bernam, Selangor dan Temerloh, Pahang kini menyertai daerah-daerah yang dikategorikan sebagai hijau apabila tiada kes Covid-19 dicatatkan di daerah itu.

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan negeri hijau tanpa sebarang kes.

Perak pula mempunyai satu kes iaitu di Daerah Kinta. Diikuti Johor dua kes masing-masing satu di Johor Bahru dan Kluang. Melaka mempunyai tiga kes iaitu dua di Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.

Negeri tertinggi mencatatkan kes aktif adalah Negeri Sembilan (40),  Kuala Lumpur dan Putrajaya (24), Selangor (17), Sarawak (13) dan Sabah (5).

Zon hijau menandakan bebas Covid-19, kuning pula 1 hingga 40 kes dan merah 41 kes ke atas.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 10 kes baharu dikesan hari ini iaitu empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes import  melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga warga asing yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Daripada enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua kes warga asing.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia melibatkan satu kes di Selangor dikesan ketika kes saringan pra pembedahan dan tiga kes di Kuala Lumpur  melibatkan pelajar tahfiz.

Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warga asing melibatkan 2 kes. Satu kes di Negeri Sembilan melibatkan kes saringan orang kena tuduh yang baru dimasukkan ke lokap dan satu kes di Sabat  melibatkan kes saringan tempat kerja.

Seramai 14 orang lagi sembuh menjadikan keseluruhan pulih seramai 8,308 orang. Jumlah kes aktif ketika ini adalah seramai 187 orang dan tiada kes kematian dilaporkan.-SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button