Elfira Loy menangis, menggigil anak jatuh dari katil
HENDAK menjadi seorang ibu yang terbaik terutamanya dalam hal menjaga anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Ditambah pula jika anak itu masih kecil, tumpuan yang khusus perlu diberikan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pelakon, Elfira Loy menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini meluahkan rasa kesal dan kecewa selepas anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf cedera akibat terjatuh dari katilnya.
Kecederaan ity mengakibatkan benjol besar di bahagian dahi anaknya itu.
“Beberapa hari lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.
“Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi inilah realiti,” katanya.
Bercerita mengenai detik anaknya terjatuh itu, Elfira memberitahu anaknya berada di sebelahnya ketika dia sedang mengemas baju di bahagian laci.
Anaknya itu kemudian cuba menarik baju Elfira sebelum terhantuk dan jatuh ke dalam laci.
“El sempat pegang dia tapi dah nampak benjol besar di dahinya berwarna biru.
“Saya menggigil dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni. Saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak,” jelasnya.
Jelas Elfira, suaminya sudah bertanya kepada doktor dan anaknya tidak mengalami kecederaan teruk dan cuma perlu dituam dengan ais bagi mengurangkan bengkak.
Tambahnya, sebagai seorang ibu, Elfira turut menasihat mereka yang bergelar ibu supaya kuat semangat dan saling memberi sokongan jika merasakan diri mereka gagal dalam menjaga anak. -SM