Luar Negara

Sisik tenggiling tiada lagi dalam ramuan perubatan tradisional Cina

TIADA lagi penggunaan sisik tenggiling dalam ramuan perubatan tradisional Cina.

Bermula tahun ini, China mengumumkan, mengeluarkan sisik tenggiling daripada daftar ramuan yang diluluskan untuk digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Ia dianggap sebagai satu langkah terdesak bagi melindungi haiwan itu yang merupakan antara haiwan paling kerap diseludup.

Download Pelbagai Contoh Poster Tenggiling Yang Gempak Dan Boleh ...

Memetik laporan ASTRO AWANI, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa merampas lebih daripada 130 tan produk yang menggunakan tenggiling sebagai ramuan, angka yang dianggarkan mewakili kira-kira 400,000 haiwan itu, menurut laporan WildAid.

Walaupun sisik tenggiling mengandungi keratin, bahan yang sama pada kuku manusia dan tanduk badak namun pakar perubatan tradisional Cina percaya, keratin pada sisik tenggiling lebih mujarab untuk memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

“Tindakan China ini akan memberi impak yang besar. Ini adalah langkah yang sangat penting dan perlu diambil jika kita mahu memulihara haiwan ini,” kata Pengarah Konservarsi WWF Hong Kong, David Olson.

Beliau berkata, sebilangan besar permintaan untuk tenggiling adalah bagi kegunaan perubatan tradisional Cina. Itulah yang mendorong perdagangan haram skala besar.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, populasi tenggiling di China telah menurun lebih dari 90 peratus sejak tahun 1960. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button