
Penyertaan 64 pasukan di Piala Dunia 2026 ‘idea buruk’: UEFA
BELGRADE: Presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin berkata pada Khamis berkata bahawa ia adalah “idea yang buruk” bagi badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk memperluaskan Piala Dunia kepada 64 negara untuk kejohanan 2030.
Edisi 2026 akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan menyaksikan peluasan daripada 32 pasukan kepada 48 pasukan.
Tetapi pengerusi persekutuan bola sepak Uruguay, Ignacio Alonso, mencadangkan untuk memperluaskan lagi kejohanan itu pada mesyuarat Majlis FIFA yang lalu pada Mac.
Badan induk global bola sepak berkata ia “mempunyai kewajipan untuk menganalisis” cadangan itu, yang dikecam oleh pengerusi Eropah, Ceferin pada kongres UEFA di Belgrade.
“Ia mungkin lebih mengejutkan saya daripada anda. Saya fikir ia idea yang buruk,” kata Ceferin.
“Saya fikir ia bukan idea yang baik untuk Piala Dunia itu sendiri dan ia bukan idea yang baik untuk kelayakan kami juga, seperti yang kita semua tahu.
“Jadi, saya tidak menyokong idea itu. Saya tidak tahu dari mana ia datang. Anehnya kami tidak tahu apa-apa sebelum cadangan ini di Majlis FIFA.”
Piala Dunia 2030 akan dimainkan di tiga benua, dengan Portugal, Sepanyol dan Maghribi menjadi tuan rumah utama.
Tiga perlawanan akan diadakan di Amerika Selatan, di Argentina, Uruguay dan Paraguay, untuk meraikan edisi ke-100 temasya itu. Piala Dunia sulung diadakan pada tahun 1930 di Uruguay.
Keputusan itu membuka jalan kepada Arab Saudi untuk menganjurkan acara 2034.