Agama

Pendedahan perkahwinan dalam GISB, dipaksa kawin lelaki boroi

SEORANG wanita bernama, Ummu Atiyyah, anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya, mendakwa bahawa pada tahun 2015, dia telah dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin kanan dalam kumpulan itu yang dikenali sebagai Fadhil.

Menurut laporan Malaysia Gazette, perkahwinan tersebut dipercayai dirancang oleh keluarganya sendiri untuk memperkukuhkan kedudukan organisasi berkenaan selepas kematian ayahnya.

“Saya dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua, boroi, yang juga salah seorang pemimpin GISBH (Global Ikhwan Sdn. Bhd.). Lebih menyedihkan, pengkhianatan itu turut datang daripada adik-beradik saya sendiri,” katanya.

Difahamkan, Ummu Atiyyah menjadi isteri keempat kepada lelaki tersebut, yang mendakwa perkahwinan itu adalah “seruan Rasulullah SAW” serta arahan Abuya.

Namun, Ummu Atiyyah menolak kerana lelaki itu terlalu tua dan fizikalnya tidak menyenangkan.

Ummu Atiyyah akhirnya melarikan diri daripada perkahwinan ini dengan bersembunyi di rumah seorang sahabatnya di Jordan.

Namun, Fadhil bersama beberapa pengikutnya, termasuk adik-beradik Ummu  Atiyyah sendiri, didakwa mengejar dan mencari keberadaannya hingga ke sana.

Menurut Ummu Atiyyah, dia akhirnya dipaksa kembali dan terpaksa mengikut kehendak Fadhil untuk menjadi isteri keempatnya.

Dia kemudian dibawa ke Turkiye di mana dia mendakwa telah mengalami penderaan fizikal dan emosi yang dahsy & termasuk dipisahkan daripada anaknya selama dua tahun.

“Saya dipisahkan dari anak saya, dicucuh dengan pemetik api, dikurung, dan direndam dalam kolam berkali-kali.

Malah, adik perempuan saya sendiri turut terlibat, mendesak saya membogelkan diri dan memukul saya dengan getah paip,” katanya.

Didera Secara Fizikal dan Emosi Ummu Atiyyah turut mendedahkan bahawa dia terpaksa mengikut kehendak Fadhil untuk bersama dengannya kerana bimbang akan nyawabya selepas berjam-jam di dalam air.

Dia mendakwa telah dirogol kerana hubungan tersebut berlaku tanpa kerelaannya.

Walaupun berjaya melarikan diri dari Turkiye, Ummu Atiyyah mendakwa bahawa dia sekali lagi ditangkap dan dibawa ke Indonesia, di mana dia sekali lagi mengalami penderaan. Namun, dia akhirnya berjaya melarikan diri buat kali kedua.

“Saya ingin sampaikan kepada semua, sepanjang saya berada dalam kumpulan ini, saya menyaksikan bagaimana buruknya sikap mereka yang bernafsu dan tidak bermaruah.

Ummu Atiyyah turut mendakwa bahawa GISBH menggunakan imej Islamik untuk meraih kepercayaan orang ramai, tetapi di sebalik tabir, berlaku pelbagai salah laku yang tidak bermoral.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button