Nasional

Anwar mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan projek Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bukit Jalil disegerakan.

“Saya mahu SMISTA dilaksanakan segera, peruntukannya besar sekitar RM76 juta.
“Saya minta (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk) Dr (Mohd) Na’im (Mokhtar) dapatkan laporan dalam tempoh satu minggu tentang perkembangannya,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan SMISTA di Kuala Lumpur hari ini.
SMISTA, yang ditubuhkan pada 2011, menawarkan pendidikan berteraskan agama serta pendidikan sains moden dan konvensional bertujuan melahirkan para huffaz yang mampu mengimbangi kehidupan dunia serta ukhrawi.
Pembinaan SMISTA di Bukit Jalil dijadualkan bermula dalam suku kedua 2025 dan dijangka siap pada 2028. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button