Hiburan

”Saya juga ada perasaan, bukan robot. Tolong faham diri saya, itu sahaja”- Fattah

PELAKON Fattah Amin akui pergolakan rumah tangga yang dilalui bersama aktres Fazura membuatkan dirinya dibelenggu kekusutan emosi. Apabila tiba di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari semalam, dia gagal menyembunyikan riak wajah yang sugul.

Fattah yang ditemui semalam ditanya oleh media sama ada kerja-kerjanya sekarang mengganggu emosi. Namun, menurutnya, dia juga mempunyai perasaan seperti manusia biasa dan tidak lari dari perasaan sedih.

“Saya juga ada perasaan, bukan robot. Tolong faham diri saya, itu sahaja. Terima kasih semua. Teruskan doa yang baik-baik,” ujarnya.

Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah yang sama.

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Artikle Berkaitan :>

Fazura nekad cerai, Fattah masih kekalkan kasih sayang keluarga

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button