Nasional

Perumahan Rakyat (PPR) pejenamaan kepada Program Residensi Rakyat (PRR)

KABINET telah meluluskan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata program itu dijangka bermula di Johor tahun depan dengan Larkin berkemungkinan menjadi lokasi pertama pembinaannya.

“Program PRR baru dapat kelulusan kabinet minggu ini. Kita akan bawakan konsep baharu, menampilkan PRR dengan kualiti yang lebih tinggi, tetapi harga masih amat berpatutan.

“Lokasi pertama saya jangka bermula dari selatan iaitu negeri Johor dan kemungkinan besar di Larkin,” katanya ketika diminta mengulas mengenai PRR pada sidang media selepas merasmikan

Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Residensi Pelangi Indah di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang perincian lanjut mengenai pembinaan PRR akan diumumkan kemudian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button