Agama

Fahami ibadah korban dari bawa pisau dan parang

PERKONGSIAN dari seorang pengguna Facebook iaitu El Haneef Renae meluahkan rasa kecewa terhadap sesetangah individu yang mengambil kesempatan ke atas ibadah korban orang tuan rumah.

”Masih ada lagi yang tak faham hukum datang bawa pisau parang tolong melapah kemudian pandai-pandai ambil bahagian daging sebagai upah tolong lapah.

”Tukang sembelih pun ada yang memandai larikan bahagian tertentu siap cakap ini bahagian untuk tukang sembelih mana punya hukum dia pakai.

”Upah sembelih atau melapah perlu ambil dari tuan rumah dan bukannya dari bahagian Qurban. Haram hukumnya tuan rumah bayar upah guna daging Qurban.

”Sekiranya anda ambil bahagian daging sama ada tanpa atau dengan persetujuan tuan rumah sebagai upah menolong, hukumnya haram dimakan daging Qurban haram dibuat jual beli bayar pakai duit lain.

Dalam pada itu El Haneef Renae juga menitip pesanan kepada orang ramai agar memangil orang lebih arif dalam menjalani ibadah korban agar tidak terjadi dosa di masa akan datang.

”Next time kalau buat ibadat Qurban panggil lah orang berilmu sikit tolong sembelihkan. Ini tukang sembelih datang celah mana hukum hakam pun tak tahu, kita pula suruh sembelih untuk ibadah Qurban kita. Tak pun belajarlah sembelih sendiri. Biasanya orang minta tolong penjual lembu tu tolong tumbangkan dan sembelih sekali. Diorang tahu lah nak sembelih dan lapah, tapi hukum belum tentu. Rugilah awak ibadat dah jadi dosa pula.

”Qurban ni ibadat bukan festival daging free. Kalau mai nak tolong sembelih atau lapah, semoga beroleh pahala bantu kawan tu buat Qurban. Kalau nak upah, minta jelas jelas dari dia, bayaran dalam bentuk wang dan bukan dari daging Qurban. Kalau tuan rumah bagi sedekah, itu rezeki. Bukan pi tolong lepas tu sedekah ke diri sendiri guna daging orang. Salah tu.

KREDIT : EL HANEEF RENAE

APM selamatkan anak lembu jatuh parit

Korban Raya Demi Negara, video pendek yang menyentuh perasaan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button