pilihanSukan

Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Thailand

Lee Zii Jia berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 apabila mengetepikan cabaran pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, pada aksi pusingan kedua di Stadium Nimibutr, Bangkok hari ini.

Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-10 dunia mengambil masa 36 minit untuk menewaskan lawan dengan  straight set 22-20, 21-17.
Menantinya di suku akhir adalah pemain ranking ke-19 dunia dari China, Le Guang Zu.
Zii Jia, selaku pemain pilihan keenam dan bekas juara edisi 2022, berkata beliau menjangkakan saingan sengit daripada Guang Zu esok.
“Seperti yang kita semua tahu, Guang Zu adalah pemain defensif dan rali yang sangat baik…ia akan menjadi perlawanan yang sukar terutamanya pergerakan angin dan bulu tangkis dalam arena agak perlahan,” kata pemain berusia 26 tahun itu.
Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-37 dunia memberi tentangan sengit kepada juara dunia dari Thailand Kunlavut Vitidsarn sebelum tewas 22-20, 14-21, 13-21 dalam aksi selama satu jam 32 minit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button