Uncategorized

Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani – Fahmi

Warga Kementerian Komunikasi khususnya penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani serta menjadi penyampai maklumat kepada orang awam mengenai inisiatif kerajaan kepada rakyat.
Memetik laporan BERNAMA, Menegaskan bahawa peranan itu amat penting, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin sebagai penjawat awam semua penerima APC akan meletakkan sepenuh komitmen dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada mereka.
“Insya-Allah dalam beberapa bulan ada tugasan baharu yang akan kita umumkan nanti. Kita diarahkan maka kita buat, perkara ini sangat penting sebab kita sebagai penerima APC perlu menjadi contoh.
“Saya mohon semua penerima APC hari ini untuk jadi pemangkin dan zahirkan konsep Malaysia Madani yang kita inginkan,” katanya ketika berucap pada Majlis APC 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini.
Hari ini 522 warga Kementerian Komunikasi menerima sijil penghargaan dan insentif bernilai RM1,000 sempena majlis APC 2023 termasuk 63 penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button