pilihanSukan

Faizal Halim beri reaksi positif pada prosedur graf kulit

PEMAIN sayap Harimau Malaysia, Faizal Halim  yang melecur kulit akibat serangan asid baru-baru ini memberikan reaksi positif pada rawatan graf kulit.
Memetik laporan BERNAMA, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan lapisan kulit yang dibawa dari luar negara untuk digunakan dalam prosedur bermula Khamis lalu dilihat sesuai.
“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah,” katanya yang melawat pemain berusia 26 tahun itu di hospital semalam, ketika dihubungi hari ini.
Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.
Pemain yang memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas itu dijangka tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button