NegeriRencah Hidup

Anggota peronda polis bantu kereta dinaiki tiga wanita tersadai

POLIS dan masyarakat berpisah tiada.

Sekalipun bidang tugas anggota berpakaian seragam ini lebih memfokus kepada menegakkan undang-undang tetapi ada ketikanya mereka berhadapan dengan situasi yang menuntut naluri kemanusiaan dengan menghulurkan pertolongan.

Inilah yang dialami oleh dua anggota dari Ibupejabat Polis (IPD) Padang Besar ketika bertugas melakukan rondaan penguatkuasaan trafik pada pagi semalam (5 April) di daerah ini.

Dua anggota membantu membuat “jumper bateri” bagi membantu kereta dinaiki tiga wanita Siam yang tersadai di Jalan Titi Tinggi, pagi semalam. – Gambar FB Polis Daerah Padang Besar

Dua anggota ini, Kpl Mohd Ihsan Luthpi Ahmad dan L/Kpl Muhammad Hazwan Hassan telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Atos yang tersadai di tepi bahu jalan di Jalan Titi Tinggi, seawal pukul 8 pagi.

Dua anggota ini yang mengesyaki sesuatu kemudiannya keluar untuk melakukan pemeriksaan.

Kenderaan berkenaan sebenarnya dinaiki oleh tiga wanita kaum Siam yang terpaksa berhenti di bahu jalan kerana sudah kehabisan minyak.

Bagi menyelesaikan masalah itu, kedua anggota ini kemudiannya bergerak ke stesen minyak berdekatan bagi membeli minyak.

Sebaik sahaja minyak isi, lagi sekali dua anggota ini menghulurkan bantuan apabila enjin kereta gagal dihidupkan kerana bateri “kong”.

Keduanya kembali bertungkus lumus untuk membuat “jumper bateri” antara kereta peronda dengan kereta wanita berkenaan.

Enjin kereta ini telah berjaya dihidupkan sekaligus membantu tiga wanita ini meneruskan perjalanan dengan bantuan dua anggota ini.

Manakala kedua anggota ini pula terus bergerak bagi menyambung semula tugas rondaan pada kira-kira pukul lebih kurang 9.15 pagi.

Status ini yang dimuat turun dalam Facebook (FB) Polis Daerah Padang Besar telah mendapat pujian dari netizen rata-rata menyifatkan sebagai terbaik atas bantuan yang dihulurkan ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button