Ekonomi

Takaful Malaysia dan Bank Muamalat Jalin Perkongsian Strategik Bancatakaful

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia), pengendali takaful PERTAMA di Malaysia dan anak syarikat milik penuhnya, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (“Takaful Malaysia Am”), mengumumkan  perkongsian bancatakaful dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), sebuah bank Islam
sepenuhnya di Malaysia.

Melalui perkongsian bancatakaful ini, Takaful Malaysia mendapat akses kepada pelanggan, rangkaian cawangan dan pemasaran Bank Muamalat, sekali gus mempelbagaikan tawaran produk Bank Muamalat untuk memberi nilai yang lebih besar kepada para pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, berkata, mereka berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Bank Muamalat.

“Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk bekerjasama melalui gabungan kepakaran dalam menawarkan penyelesaian kewangan yang menyeluruh.

“Melalui perkongsian strategik ini, pelanggan Bank Muamalat akan mendapat akses kepada rangkaian produk takaful keluarga kami yang komprehensif dan mampu milik, merangkumi produk berkaitan kredit, perancangan kewangan dan produk takaful am.

“Kerjasama ini adalah tepat pada masanya untuk mengukuhkan lagi portfolio bancatakaful kami sebagai salah satu pemacu perniagaan utama dan mengekalkan kedudukan dalam industri insurans dan takaful,” katanya.

Perkongsian bancatakaful antara Takaful Malaysia dan Bank Muamalat menandakan komitmen dua buah institusi kewangan Islam untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dan menyediakan jaminan kewangan kepada para pelanggan Bank Muamalat melalui pelbagai penyelesaian perlindungan yang diuruskan oleh Takaful Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata, perkongsian bancatakaful ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat untuk menjadi bank Islam terbaik di Malaysia, di samping mengukuhkan kedudukan mereka yang menawarkan perbankan Islam untuk semua.

“Melalui usaha sama dengan Takaful Malaysia, kami bukan sahaja mempelbagaikan tawaran produk, tetapi
juga mengukuhkan komitmen terhadap rangkuman kewangan, memastikan setiap pelanggan dalam pangkalan pelanggan yang pelbagai boleh mengakses penyelesaian perlindungan yang komprehensif.

“Bersama-sama, kami selangkah lebih dekat dalam merealisasikan visi untuk menjadi institusi kewangan
terkemuka dan paling inklusif dalam landskap perbankan Islam,” katanya.

Nor Azman Zainal merumuskan: “Terdapat peluang besar untuk pertumbuhan dalam perniagaan bancatakaful dan kerjasama ini mencerminkan dedikasi kami untuk membantu para pelanggan Bank Muamalat.

“Perkongsian strategik ini menandakan dedikasi kami dalam memberi keutamaan kepada para pelanggan dan juga langkah strategik untuk menembusi segmen runcit dengan lebih jauh sambil mengekalkan kedudukan kami dalam bisnes berkaitan kredit.

“Dengan memanfaatkan kepakaran kedua buah institusi kewangan Islam, kami berharap dapat memacu kerjasama dengan Bank Muamalat ke tahap lebih tinggi dan memberikan nilai tambahan kepada para pelanggan dan pihak berkepentingan.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button